Tuesday, February 13, 2007

Set Rawatan Muka Natasya 2 in 1


Set Rawatan Muka Natasya 2 in 1


Set rawatan asas mengandungi sabun herba dan krim herba yang dihasilkan untuk menghilangkan jeragat, jerawat, bintik-bintik hitam serta masalah-masalah kulit lain disamping mencegah dan menghaluskan kulit wajah tanpa pengelupasan. Produk ini boleh dibeli secara berasingan. Set ini sesuai digunakan oleh lelaki atau wanita dan tidak mengira peringkat umur.


Cara Penggunaan
Cuci muka dengan sabun herba natasya 2 kali sehari. Sapukan krim herba natasya secara nipis dana lembut pada keseluruhan kulit muka pada waktu malam sahaja. Adalah disyorkan agar melembapkan kulit muka terlebih dahulu dengan menggunakan toner natasya sebelum menyapu krim herba bagi mendapatkan kesan yang lebih efektif. Pada awal penggunaan, kulit akan kelihatan kemerahan sedikit tetapi jangan bimbang kerana ia hanyalah tindakbalas sementara sahaja. Teruskan penggunaannyasehingga jeragat, jerawat, bintik-bintik hitam serta parut pada kulit muka anda hilang dan kulit akan menjadi lebih cerah, halus dan segar.

Harga RM39.90

Krim Pencerah 3 Dalam 1 Eriesya


Eriesya Krim Pencerah 3 Dalam 1

merupakan krim pencerahan kulit secara semulajadi tanpa proses pengelupasan khusus pada bahagian ketiak, celah peha dan puting. Memberi perlindungan dengan mengelakkan bau badan serta membantu mengurangkan kedutan pada kulit. Kesannya dapat dilihat dalam masa yang singkat dan menjadikan kulit anda cerah, halus dan harum. Kombinasi antara garam mandian dengan Krim pencerah 3 dalam 1 ini, dapat mencerahkan bahagian ketiak, celah peha dan leher dalam masa 5 hari sahaja.


Cara guna:

Gunakan selepas mandi. Pastikan bahagian yang akan disapu benar-benar kering dan sapukan senipis mungkin sehingga meresap. Gunakan 2 kali sehari. Tidak perlu menggunakan deodoran lagi. Untuk mendapat kesan yang lebih baik gunakan garam mandian semasa mandi


Harga RM26.90



Envy Corset & Girdle Set (RM197.70) ===> RM195.00

Pada nilai FANTASTIK...TUBUH YANG CANTIK terbentuk dalam sekelip mata... ANDA YAKIN SENTIASA!

SEBAB SEBAB YANG MENJEJASKAN BENTUK BADAN
1. SEBAB KEGEMUKAN : Tabiat makan yang berlebihan, makan pada lewat malam, kuantiti makanan yang tidak tetap dan sindrom suri rumahtangga memakan makanan yang tidak terhabis.
2. DAYA GRAVITI : Disebabkan payu dara dan lengan tidak disokong oleh rangka tulang, ia cenderong melentok pada sudut 20 darjah setiap sepuluh tahun (bergantung kepada gaya hidup seseorang).
3. KETIDAKSESUAIAN DALAM PILIHAN ATAU PEMAKAIAN PAKAIAN DALAM : Pakaian dalam yang terlalu besar atau terlalu kecil, kurang kenyal dan rekabentuk coli. Juga, cara pakai coli yang tidak betul.
4. TABIAT BERDIRI DAN CARA DUDUK YANG TIDAK BETUL : Menyebabkan bongkok, bentuk tulang belakang berubah dan sakit pinggang.
5. KELAHIRAN ANAK : Penambahan lemak selepas bersalin dan perubahan lentokan payu dara selepas tempoh penyusuan.

5 KELEBIHAN MEMAKAI ENVY CORSET DAN ENVY GIRDLE:
1. Terdapat Infra Merah Jauh (FIR) Infra Merah Jauh mempunyai daya tembus, serap dan rangsangan kepada manusia dengan meningkatkan peredaran darah dan optimakan perjalanan sistem saraf. FIR yang ditanam di fabrik Envy menguraikan lemak dan menjalankan detoksifikasi (menyingkir air yang tersimpan dalam badan). Ia juga berkesan sekali dalam rawatan dan pencegahan sakit belakang.
2. Fabrik Super Elastik Envy Corset dan Envy Girdle diperbuat daripada fabrik super elastik merupakan fabrik kejayaan penyelidikan klinikal sains yang bersifat kenyal dengan tenunan mikro. Fabrik yang terdiri 10 % spandeks dan 90% nailon ini merupakan bahan terbaik dengan indeks kekenyalan tinggi untuk menyokong tulang belakang, kedudukan postur badan dan pembentukan potongan badan yang cantik.
3. Daya telus yang lebih baik Jaringan fabriknya berupaya membebaskan haba badan dengan cepat dan selesa dipakai semasa cuaca panas di samping mempunyai daya penyerapan peluh sebanyak 40%. Fabrik Envy yang lembut dan telus ini mencegah masalah rangsangan kulit walaupun dipakai selama 24 jam. Ia dihiasi dengan kain \"lace\" yang telus untuk mengelakkan pembiakan kuman.
4. Di lengkapi dengan 12 kerangka besi Envy Corset dan Envy Girdle ini dilengkapi dengan 12 kerangka untuk menyokong postur tulang belakang yang betul dan mencegah kesakitan tulang belakang. Ia juga membentuk bidang dada yang sempurna, menjadikannya kelihatan lebih cantik. Kerangka besi ini sederhana keras dengan kualiti yang tinggi supaya tahan lasak dan tidak menukar bentuknya selepas dipakai.
5. Potongan 4D (4 dimensi) Dengan rekabentuk 4D yang terdiri daripada potongan berbilang keping serta menitik beratkan bahagian bahagian badan yang tertentu, bentuk badan dapat dibentukkan dan dibetulkan dengan cepat selepas pemakaian Envy Corset dan Envy Girdle.

ENVY MEMBENTUK POTONGAN TUBUH YANG CANTIK SECARA LANGSUNG! CIRI-CIRI KEISTIMEWAANNYA

• Membentuk potongan badan yang cantik secara semula jadi.
• Pemakaian setiap hari dalam jangka masa panjang akan mengembalikan bentuk badan cantik tanpa kesan sampingan.
• Ia menaikkan payudara, menyusutkan saiz pinggang, menaikkan punggung anda dan melangsingkan pinggul anda.
• Fabrik berliang liang halus yang menggalakkan perpeluhan dan kegatalan kulit.
• Mempunyai Infra Merah untuk melancarkan pengaliran darah, menyingkir lemak dan mencegah badan berbau.
• Menyokong tulang belakang dan bahagian tepi badan.

ENVY GIRDLE (ENV-4)
• Envy Girdle membantu mengempiskan perut, melangsingkan pinggul dan pinggang.
• Potongan fabrik di bahagian belakang Envy Girdle berbentuk ‘apel untuk membentuk punggung supaya bulat dan padat.
• 2 kerangka besi yang boleh dilentur di bahagian belakang Envy Girdle untuk menyokong pinggul anda dan mengurangkan bahagian bonjol lemak. (Lihat gambarajah A)
• Direka panjang hingga ke lutut supaya selesa semasa pakai.
• Berenda lebar supaya Envy Girdle tidak bergulung di bahagian peha.

CARA MEMAKAI ENVY GIRDLE
1. Gunakan kedua dua tangan untuk menggulung Envy Girdle bahagian dalam ke luar (seperti memakai stokin nailon jenis berseluar).
2. Masukkan satu kaki dan tarik ke paras lutut, kemudian diikuti kaki yang sebelah lagi.
3. Tarik Envy Girdle ke paras pinggang dan sesuaikan posisi punggung dengan memasukkan tangan untuk menaikkan punggung.
4. Untuk arah mencuci, lihat risalah yang dilampirkan.

ENVY CORSET (ENV-5)
• Envy Corset membantu mengempiskan perut, melangsingkan pinggang dan menaikkan payudara.
• Membentuk dan menyokong postur bahagian atas badan.
• Kerangka besi yang boleh dilentur (4 di bahagian depan, 4 di belakang dan 2 di tepi) supaya tidak mengembong dan menyokong tulang belakang.
a. Sokongan sederhana oleh 10 kerangka besi lembut.
b. Potongan bersilang di bahagian belakang corset menarik bahagian tepi badan untuk mencantikkan potongan badan bahagian atas.

CARA MEMAKAI ENVY CORSET
1. Pakai pakaian dalam sebelum memakai Envy Corset.
2. Kancingkan dari bawah ke atas.
3. Untuk arahan mencuci, lihat risalah yang dilampirkan.

ENVY CORSET & GIRDLE DIUBAHSUAI DENGAN TERPERINCI (LEBIH BAIK DARIPADA JENAMA LAIN)

1. Tepi (Envy Corset) – Tidak menyakitkan bahagian ketiak.
2. Belakang (Envy Corset) – Tidak menyakitkan tulang belikat.– Tidak menggelembong di bahagian belakang badan
3. Belakang (Envy Girdle) – Tidak menggelembong di bahagian belakang, punggung atas.

BODY SLIM, BODY CURVE
ENVY untuk semua wanita yang ingin sentiasa tampil menawan. Ia membantu membentuk badan anda pada bila bila masa dan di bahagian mana yang anda perlukan.

ENVY CORSET DAN ENVY GIRDLE SESUAI UNTUK:
1.Wanita yang mengalami kegemukan badan.
2. Wanita yang mempunyai bentuk badan yang kurang memuaskan.
3. Wanita yang mengalami menopaus.
4. Wanita selepas bersalin.
5. Wanita yang mempunyai bentuk badan yang memuaskan tapi kurang sempurna.

ENV-4 Envy Girdle WM RM93.90 EM RM103.30 Punggung Saiz: 36” – 46”
ENV-5 Envy Corset WM RM103.80 EM RM114.20 Pinggang Saiz: 26” – 38

Friday, February 9, 2007

Vibro Belt




Vibro Belt

Featuring a vibrating motion that goes straight to your problem areas, the Vibro Health and Beauty Belt Massager will relax sore muscles and trim your waist and hips with the same action. Spas employ massagers like this all the time to help patrons work tired muscles all over the body. Now you can benefit from the luxury of the Health and Beauty Belt Massager in the privacy of your own home. So why not take advantage of Vibro Belt experience today and everyday by bringing this amazing massager into your home.

Experience better blood circulation, a targeted relaxing massage or body slimming effects using 2 different Vibrations speed settings. With the new and innovative Vibro massage belt you can stimulate different body areas effectively at the same time.

Product Features
-2 speeds - Gentle and Strong Vibrations
-Firm Up Loose Muscles and reduce Unwanted Fat
-Improve Blood Circulations
-Operated with 2 x 1.5 V size 2 Batteries (not included)
-As Seen On TV (UK)
-Slimming while driving , watching TV , Reading , anytime and anywhere !!
-While Stock Last
Price: RM80.00 (OFFER!!)

Sunday, January 14, 2007

D'Laila 3 in1


D'Laila 3 in 1 Set (untuk kulit normal/berjeragat)
Terdiri daripada :-

1) Beauty Bar (45g) Sabun Bar adalah sabun aromaterapi lutsinar tulen yang sesuai untuk membersihkan "makeup" dan "impurities" sambil mengekalkan air pada kulit. Ia diperbuat daripada minyak sayuran dan bahan yang terpilih.
Ia membantu melembutkan kulit dengan Vitamin E.

Cara Penggunaan :- Bersihkan muka dengan sabun, urut perlahan selama 3 minit, bilas bersih. Untuk keberkesanan boleh digunakan 2 kali sehari.

Bahan-bahan :- Purified Water, Sodium Palmate, Sodium Palm Kemelate, Sodium Stearate, Sodium Palmitate, Sodium Citrate, Sucrose, Sorbitol, Glycerine, Cocamide DEA, Tetra Sodium Etidronate, Olive Oil Ester, Chamomile Extract, Fragrance, Geranium Oil, Vitamin E, CL 19140 (Yellow)

2) UV Foundation (5g) Bedak asas UV dengan SPF 25.

Diformulasi khas dengan Sistem Pencerah Aromaterapi untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari, sinar UVA dan UVB dan pencemaran yang menyebabkan pigmentasi, kedut-kedut, jerawat, kesan penuaan dan ton kulit yang tak sekata. Agen kelembapan menolong kulit daripada kekeringan.

Ditambah lagi dengan perlindungan SPF 25 terhadap kesan buruk sinar UVA dan UVB. Kulit menjadi lebih cerah, muda, lembut dan menyerikan.

Cara Penggunaan :- Sapu dan ratakan pada muka.

Bahan-bahan :- Purified Water, Cetyl Alcohol, Glyceryl Stearate, PEG-75 Stearate, Ceteth-20, Steareth-20, 2-Ethylhexyl Methoxycinnamate, Hydrogenated Polydecene, PEG-8 Beeswax, Titanium Dioxide, Diisostearyl Malate, Hydrated Silica, Dimethicone/Methicone Copolymer, Aluminium Hydroxide, Diethylene Glycol, Ethoxydiglycol, Sulfur, Alumina, Silica, Sodium Polyacrylate, Octyldodecanol, Irvingia Gabonensis Kernel Butter, Hydrogenated Coco-Glycerides, Butylparaben, Proplyparaben, Ethylparaben, Methylparaben, Isobutylparaben, Phenoxyethanol, Mica, CI77492(Iron Oxide), Methicone, CI77491(Iron Oxides), Geranium Oil, Fragrance

3) Beauty Night Cream (5g)

Diformulasi khas dengan Sistem Pencerah Aromaterapi untuk membantu melindungi kulit pada waktu malam. Ia berfungsi menghalus dan mengembalikan keanjalan kulit serta menyeragamkan warna kulit. Penggunaan harian membantu wajah anda semakin hari tampak cerah, licin dan berseri.

Cara Penggunaan :- Sapukan ke atas muka dan leher, usap perlahan selama 3 minit pada setiap malam.

Bahan-bahan :- Purified Water, Propylene Glycol, Cetyl Alcohol, Glyceryl Stearate, PEG-75 Stearate, Ceteh-20, Steareth-20, Cetearyl Alcohol, PEG-8 Stearate, Caprylic/Capric Tariglyceride, Isopropyl Palmitate, Butylparaben, Propylparaben, Ethylparaben, Methylparaben, Isobutylparaben, Phenoxyethanol, Kojic Dipalmitate, Sodium Metabisulfite, Dextrin, Disoodium EDTA, Geranium Oil, Retinol.

Harga: RM48.50

Saturday, December 30, 2006

Tuala Wanita Herba AvailBeauty


Tuala Wanita Herba AvailBeauty

adalah tuala wanita dengan rumusan herba asli, bersih dan sebagai pelindung yang istimewa dan selesa digunakan. Tuala Herba Wanita ini sangat sesuai digunakan di saat dan ketika.

Tuala Herba Wanita ini juga:

*Berfungsi dengan hak berpatent 20 tahun
*Tidak mengandungi florensen & selamat digunakan.
*Berkualiti tinggi & tidak mudah tembus.
*Sungguh selesa & menghindari kesensitifan kulit.

Ciri-ciri perlindungan tambahan tuala herba ini adalah:

-Permukaan selembut kapas dan 100% cotton memberi kelembutan & keselesaan tanpa ransangan
-Melindungi dan mengelak kebocoran dengan bersayap serta mengelakkan tuala herba wanita ini dari berganjak!
-Menyerap dengan cepat dan memastikan anda kering, selesa dan yakin
-Sesuai digunakan diwaktu aliran biasa atau aliran yang tenat!
-Kandungan herba yang terkandung dipermukaan dapat mengurangkan bau yang kurang menyenangkan disamping membantu masalah PMS, kegatalan, jangkitan faraj akibat kuman, sakit sendi dan pelbagai lagi
-Nilai pH nya yang neutral membantu dan membolehkan apa jua jenis kulit terutama kulit yang sensitif menggunakannya tanpa ragu-ragu

PANTILINER
TUALA HERBA WANITA memberikan kebebasan melakukan apa saja pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada! Selesakan hidup anda dengan inovasi terkini khasnya untuk wanita, kerana setiap hari adalah hari yang penting untuk anda!!!
PANTILINER amat sesuai digunakan sebagai pelapik tambahan panti wanita. Dengan cirinya yang nipis dapat memberikan keselesaan dalam apa jua kedudukan dan ia akan menurut pergerakan anda. Pantiliner yang jauh lebih lentur & lembut!Gunakan setiap hari kerana ia memberi keselesaan dan kebersihan di bahagian sulit anda dan mencegah perkara-perkara seperti berikut:
Keputihan
Kegatalan
Kekuningan atau berbau
Jangkitan faraj
Membasmi kuman dan fungus
Mengelak dan mengurangkan bau
Jangkitan usus besar & bahagian bawah uterus
Membuang angin

UNTUK LELAKI
PANTILINERS juga boleh digunakan oleh kaum lelaki setiap hari dan mudah dibawa kemana sahaja. Ia boleh diguna semasa bekerja atau pun dirumah!!!!PANTILINER juga sesuai digunakan oleh kaum lelaki.

Anda boleh menggunakan pantiliners ini diwaktu dan ketika:
Sakit pinggang & keletihan, tampalkan dibahagian pinggang anda
Sakit kaki akibat terlalu lama berdiri, berjalan atau bekerja. Tampalkan di bahagian dalam kasut anda setiap hari!
Tampalkan di dalam topi keledar anda bagi mengelakkan rambut gugur dan mencegah bau
Sebagai pelapik muka akibat mabuk laut atau kenderaan
Sebagai pelapik mata untuk mengelak kelesuan
Masalah buasir (boleh menggunakan day use juga)

Harga:
Pantiliners (40pcs) RM18.50
Day Use (20pcs) RM21.00
Night Use (20pcs) RM23.50

SURI (Nasuha)


Suri


adalah minuman kesihatan harian khusus untuk wanita. Gabungan ramuan yang terdapat didalam Suri iaitu Kacip Fatimah, Manjakani, Sirih dan Pueraria Lobata adalah satu formulasi yang sangat berkhasiat untuk wanita. Suri juga kaya dengan vitamin dan mineral yang dapat membantu menambah tenaga dan mencantikkan kulit.


RAMUAN: Dektrosa, Citric Acid, Guar Gam, Perasa Lemon, Ekstrak Sireh, Ekstrak Manjakani, Serbuk Kacip Fatimah dan Ekstrak Pueraria Lobata.

FAEDAH RAMUAN

Ekstrak Sireh (Betel Pepper)

Rasa sireh yang pedas adalah disebabkan oleh minyak ruapan yang mengandungi fenol dan bahan-bahan terpene yang menyebabkan menjadi pedas. Selain itu, bahan-bahan yang terdapat dalam daun sirih ialah kalsium nitrat, sedikit gula dan tannin. Selain itu daun sirih juga mengandungi allyrocatechol, cineole, spancaryophyllene menthone, eugenol dan methylether. Bahkan ia juga mengandungi vitamin C dan alkaloid arakene.Selain itu daun sirih juga memiliki sifat styptic (menahan pendarahan), vulnerary (menyembuhkan luka kulit), stomachic (ubat saluran pencernaan), menguatkan gigi dan membersihkan tengkorak. Ia juga memiliki kemampuan antiseptic, antioksida dan fungisida.

Antara khasiatnya ialah merawat sakit perut, kembung, hidung berdarah, kencing tidak lawas, mata gatal dan menghilangkan bau badan serta bau mulut. Dauh sirih juga dapat digunakan sebagai ubat sakit gigi, ubat pembengkakan gusi atau ubat luka akibat pencabutan gigi.


SERBUK KACIP FATIMAH

Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumilia dan Pathoina ialah herba yang biasa di dapati di hutan belantara Nusantara. Namanya yang dikaitkan dengan wanita bangsawan sememangnya memberi maksud nama yang terselindung iaitu kesihatan dan semangat wanita.Ia juga mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua element ini memberi manfaat kepada lelaki dan wanita dari segi mencegah pembiakan sel prakanser, memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen, mengukuhkan striktur tulang melalui penyerapan jisim tulang dan melewatkan proses penuaan. Kacip Fatimah biasa dimakan sebagai ulam oleh wanita melayu dan jarang dimakan oleh lelaki atau kanak-kanak.Air yang direbus dengan Kacip Fatimah biasa digunakan untuk wanita yang mengalami masalah keputihan dan juga melancarkan proses kelahiran bayi dan untuk mengeluarkan angin dari badan dan cirit birit.


EKSTRAK MANJAKANI

Manjakani bukanlah sejenis buah ataupun mana-mana bahagian pokok. Sebaliknya ia merupakan sejenis ketumbuhan abnormal berbentuk bebola yang terjadi pada beberapa spesis pokok tertentu. Ia terjadi akibat tindak balas kimia yang berlaku antara hormon pokok dengan cecair yang dikeluarkan oleh perlbagai spesis serangga yang menggunakan bahagian pokok untuk menetaskan telurnya.Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik antioksidan, vitamin (terutama A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astrigen, anti microbial, dan antiradang.Kandungan tannin yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina. Ia juga dapat menghapuskan masalah jangkitan kulat atau bakteria pada vagina yang menyebabkan kegatalan serta bau yang kurang menyenangkan. Manjakani juga dikatakan dapat mengekalkan keaslian warna daerah intim. Kandungan antioksidannya berkesan dalam mengurangkan pembentukan melanin dan menyebabkan kulit disekitar daerah tersebut menjadi lebih gelap.

Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan.

Awet muda – antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.

Pencegahan kencing manis – Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.

Pencegahan barah payudara dan rahim – Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.

Pencegahan bau yang tidak diingini – Oleh kerana manjakani bersifat astrigen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.

Merawat otot-otot di daam faraj – Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.

Mengawal lendir dan lelehan faraj – Astrigen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.

Membersihkan lelehan haid dan nifas – Astrigen juga mempu menyerap lebihan darah haid dan nifas.

Mengecutkan semula tisu-tisu – Astrigen juga mengecut semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

Menegangkan dan mencantikkan kulit – Astrigen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

Mata yang sihat – Astrigen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.

Rawatan payudara – Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payudara yang telah hilang kekenyalannya.

Gigi dan tulang – kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

Mulut – Astrigen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.

Kulit kering dan berminyak – Astrigen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.

Perawatan kronik ulser – Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.

Pelbagai khasiat makanan – Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.


Ekstrak Pueraria Lobata:

Nama sainstifik: Kudzu Nama lain: Daidzein, Ge Gen, Japanese Arrowroot, Pueraria, Pueraria Montana , Pueraria Thunbergiana, Yege


KEGUNAAN:

Berfungsi sebagai ‘sumber keremajaan'Berfungsi sebagai agen anti kedut untuk mereka yang berusiaMenghitamkan rambut beruban dan membantu pertumbuhan rambutMengurangkan masalah katarakMenguatkan daya ingatanMeningkat kekuatan fizikal dan mental, pergerakan badan lebih lancar dan ringanPerjalanan darah lebih teraturMengurangkan masalah tidak boleh tidur


Harga sekotak RM39.00 (15 sachets)