Monday, February 26, 2007


Set Lengkap SALINDAH

Pemakanan & Rawatan Ibu Hamil dari 3 Bulan Hamil sehingga Habis Pantang

Salindah diperkaya dengan Kalsium, Kalium, Ferum dan Magnesium untuk menjadikan ibu-ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar. Tanpa kesan sampingan. Ibu-ibu akan lebih berkeyakinan sepanjang tempoh hamil dan Salindah selamat digunakan.
Kesesuaian
Untuk wanita hamil.

Keterangan
Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain.

Peringkat Sebelum Bersalin

B1-Mulai minggu 12 hamil
Harga: RM46.00
Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu.

B2-Mulai minggu 24 hamil
Harga: RM38.00
Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan. B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.

B3-Mulai minggu 28 hamil
Harga: RM46.00
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.

B4-4 minggu sebelum dijangka bersalin
Harga: RM30.00
Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.

B5-2 minggu sebelum dijangka bersalin
Harga: RM34.00
Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.

B6-1 minggu sebelum dijangka bersalin
Harga: RM30.00
Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.

Peringkat Selepas Bersalin

L7-penggunaan luaran
Harga: RM26.00
Bagus untuk menyembuhkan luka, jahitan serta pusat bayi di samping mencegah jangkitan kuman dan penanahan.

L8-mulai 6 jam selepas
Harga: RM30.00
Membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.

L9-mulai hari ke 2
Harga: RM26.00
Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tubuh.

L10-mulai hari ke 6
Harga: RM38.00
Mempercepatkan kecut semula rahim. Mengangkat kembali rahim ke kedudukan asal dan mengurangkan simpul urat biru.

L11-mulai hari ke 7
Harga: RM53.00
Tonik istimewa bagi memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman dan melancarkan pembuangan najis. Mengenakkan tidur, menghilangkan kebas-kebas serta menyegarkan rahim dan alat peranakan.

L12-mulai hari ke 21
Harga: RM38.00
Berfungsi untuk menjaga kesihatan ibu bersalin agar sentiasa sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat pengkelaminan dan menimbulkan kesegaran.

Cara makan Salindah
-Tuangkan tablet ke dalam tudung botol, terus letak atas lidah dan kemam sehingga larut.
-Jangan sentuh dengan tangan.
-Berpantanglah dari kopi (minuman berkafein), cili, kari, makanan berempah sekurang-kurangnya sebulan sebelum bersalin.
-Jangan simpan didalam peti ais dan jauhi dari barangan elektrik.
Harga:
Set sebelum bersalin-RM224.00
Set selepas bersalin-RM215.00
Set Lengkap salindah-RM370.00

No comments: