Wednesday, June 2, 2010

TERBARU DI TB..BUKU SIRAH/UPAH HAJI

Terbaru di Teratak Baiduri...

Buku Sejarah & Perjalanan Hidup (Sirah) Nabi Muhammad SAW (hard cover with case)OFFER...RM150
(asal RM290)


Buku Sejarah & Perjalanan Hidup (Sirah) Nabi Muhammad SAW (hard cover)
setebal 1560 mukasurat ini harga pasarannya RM290.00
tetapi hanya dijual RM150.00 samada sebuah ataupun secara borong.
Stok terhad.
Perkhidmatan Upah Haji RM1500
Bagi Yang Uzur atau Telah Meninggal Dunia
Pendaftaran Upah Haji bagi tahun 1431 hijrah adalah sebelum 7/8/2010
SIJIL & HADIAH DIBERIKAN
Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melaksanakannya, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahwa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata, "Wahai Rasulullah SAW, Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?" Rasulullah SAW. menjawab, "Boleh."
Ini pendapat Imam Syafi'i, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah. Sementara Imam Malik berkata, "Tidak wajib." Apabila seorang yang sakit setelah dihajikan sembuh, maka kewajiban hajinya tidak gugur. Yang bersangkutan wajib mengulanginya. Menurut Imam Ahmad kewajibannya telah gugur.Barangsiapa yang melaksanakan haji nazar sementara dia belum melaksanakan haji Islamnya, maka haji nazarnya itu dibalas sebagai haji Islam dan setelah itu ia harus menunaikan haji nazarnya. Barangsiapa yang meninggal dunia, belum malaksanakan haji Islam atau haji nazar, maka walinya wajib untuk menunaikan haji tersebut dengan biaya dari harta si mayat. Ini pendapat ulama Syafi'i dan Hambali.
Ulama Hanafi dan Maliki berpendapat, "Ahli waris tidak wajib menghajikan si mayat kecuali jika si mayat mewasiatkannya, maka ia dihajikan dengan biaya tidak lebih dari sepertiga harta warisan".
Orang yang melaksanakan haji badal disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahwa Rasulullah SAW. mendengar seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah." Rasulullah SAW. bertanya, "Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?" Ia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah."
ZIKIR TAHLIL RM4.00 / Arwah
Adalah dimaklumkan bahawa setiap tahun pada bulan Ramadhan, para sahabat ada mengumpulkan beberapa orang Qari yang terdiri daripada penuntut penuntut kuliah Tahfiz Al Quran di Makkah untuk mengadakan bacaan Tahlil dan juga bacaan Al Quran yang mana pahalanya akan dihadiahkan kepada arwah arwah mereka yang telah kembali ke Rahmatullah.
Ramai di antara kita tidak tahu cara untuk membantu orang yang rapat dengan kita tetapi tidak berkesempatan pada hal Al Sheikh Al Shobra Melesi ada berkata " Jika seseorang itu berniat dengan bacaannya itu untuk menghasilkan pahalanya kepada si mati atau berdoa untuk si mati, maka pahalanya juga bagi orang yang membacanya.
..dari Jabir ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda "Satu sembahyang dimasjidku ini lebih utama dari seribu (1000) sembahyang dimasjid lain kecuali Masjidil Haram dan satu solat di Masjidil Haram lebih afdal dari seratus ribu (100,000) solat".Hasan Basri rahimahullah mengulas hadis tersebut dengan berkata "Setiap amalan sebanyak satu dirham adalah sama dengan menjadi seolah olah seratus ribu amalan yang dilakukan ditempat lain".
Selain daripada wang diberikan kepada Qari-qari dan di tolak kos perbelanjaan kerananya, wang wang selebihnya akan di gunakan untuk tujuan amal jariah. Oleh itu, mereka yang telah memberikan wang untuk bacaan Tahlil dan Al Quran untuk arwah arwah keluarga mereka, mereka juga telah membuat amal jariah yang berkekalan selama lamanya serta dengan pahala yang berlipat kali ganda

No comments: