Saturday, December 30, 2006

SURI (Nasuha)


Suri


adalah minuman kesihatan harian khusus untuk wanita. Gabungan ramuan yang terdapat didalam Suri iaitu Kacip Fatimah, Manjakani, Sirih dan Pueraria Lobata adalah satu formulasi yang sangat berkhasiat untuk wanita. Suri juga kaya dengan vitamin dan mineral yang dapat membantu menambah tenaga dan mencantikkan kulit.


RAMUAN: Dektrosa, Citric Acid, Guar Gam, Perasa Lemon, Ekstrak Sireh, Ekstrak Manjakani, Serbuk Kacip Fatimah dan Ekstrak Pueraria Lobata.

FAEDAH RAMUAN

Ekstrak Sireh (Betel Pepper)

Rasa sireh yang pedas adalah disebabkan oleh minyak ruapan yang mengandungi fenol dan bahan-bahan terpene yang menyebabkan menjadi pedas. Selain itu, bahan-bahan yang terdapat dalam daun sirih ialah kalsium nitrat, sedikit gula dan tannin. Selain itu daun sirih juga mengandungi allyrocatechol, cineole, spancaryophyllene menthone, eugenol dan methylether. Bahkan ia juga mengandungi vitamin C dan alkaloid arakene.Selain itu daun sirih juga memiliki sifat styptic (menahan pendarahan), vulnerary (menyembuhkan luka kulit), stomachic (ubat saluran pencernaan), menguatkan gigi dan membersihkan tengkorak. Ia juga memiliki kemampuan antiseptic, antioksida dan fungisida.

Antara khasiatnya ialah merawat sakit perut, kembung, hidung berdarah, kencing tidak lawas, mata gatal dan menghilangkan bau badan serta bau mulut. Dauh sirih juga dapat digunakan sebagai ubat sakit gigi, ubat pembengkakan gusi atau ubat luka akibat pencabutan gigi.


SERBUK KACIP FATIMAH

Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumilia dan Pathoina ialah herba yang biasa di dapati di hutan belantara Nusantara. Namanya yang dikaitkan dengan wanita bangsawan sememangnya memberi maksud nama yang terselindung iaitu kesihatan dan semangat wanita.Ia juga mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua element ini memberi manfaat kepada lelaki dan wanita dari segi mencegah pembiakan sel prakanser, memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen, mengukuhkan striktur tulang melalui penyerapan jisim tulang dan melewatkan proses penuaan. Kacip Fatimah biasa dimakan sebagai ulam oleh wanita melayu dan jarang dimakan oleh lelaki atau kanak-kanak.Air yang direbus dengan Kacip Fatimah biasa digunakan untuk wanita yang mengalami masalah keputihan dan juga melancarkan proses kelahiran bayi dan untuk mengeluarkan angin dari badan dan cirit birit.


EKSTRAK MANJAKANI

Manjakani bukanlah sejenis buah ataupun mana-mana bahagian pokok. Sebaliknya ia merupakan sejenis ketumbuhan abnormal berbentuk bebola yang terjadi pada beberapa spesis pokok tertentu. Ia terjadi akibat tindak balas kimia yang berlaku antara hormon pokok dengan cecair yang dikeluarkan oleh perlbagai spesis serangga yang menggunakan bahagian pokok untuk menetaskan telurnya.Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik antioksidan, vitamin (terutama A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astrigen, anti microbial, dan antiradang.Kandungan tannin yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina. Ia juga dapat menghapuskan masalah jangkitan kulat atau bakteria pada vagina yang menyebabkan kegatalan serta bau yang kurang menyenangkan. Manjakani juga dikatakan dapat mengekalkan keaslian warna daerah intim. Kandungan antioksidannya berkesan dalam mengurangkan pembentukan melanin dan menyebabkan kulit disekitar daerah tersebut menjadi lebih gelap.

Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan.

Awet muda – antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.

Pencegahan kencing manis – Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.

Pencegahan barah payudara dan rahim – Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.

Pencegahan bau yang tidak diingini – Oleh kerana manjakani bersifat astrigen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.

Merawat otot-otot di daam faraj – Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.

Mengawal lendir dan lelehan faraj – Astrigen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.

Membersihkan lelehan haid dan nifas – Astrigen juga mempu menyerap lebihan darah haid dan nifas.

Mengecutkan semula tisu-tisu – Astrigen juga mengecut semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

Menegangkan dan mencantikkan kulit – Astrigen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

Mata yang sihat – Astrigen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.

Rawatan payudara – Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payudara yang telah hilang kekenyalannya.

Gigi dan tulang – kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

Mulut – Astrigen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.

Kulit kering dan berminyak – Astrigen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.

Perawatan kronik ulser – Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.

Pelbagai khasiat makanan – Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.


Ekstrak Pueraria Lobata:

Nama sainstifik: Kudzu Nama lain: Daidzein, Ge Gen, Japanese Arrowroot, Pueraria, Pueraria Montana , Pueraria Thunbergiana, Yege


KEGUNAAN:

Berfungsi sebagai ‘sumber keremajaan'Berfungsi sebagai agen anti kedut untuk mereka yang berusiaMenghitamkan rambut beruban dan membantu pertumbuhan rambutMengurangkan masalah katarakMenguatkan daya ingatanMeningkat kekuatan fizikal dan mental, pergerakan badan lebih lancar dan ringanPerjalanan darah lebih teraturMengurangkan masalah tidak boleh tidur


Harga sekotak RM39.00 (15 sachets)

No comments: